CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, April 6, 2008

Nephews and Nieces-Our Sweetie Pies

Nama saya Haikal..ehh silap laa..nama saya Nina. Nama panjang kalau tak silap Zetty Ellina. Mommy Nina ialah Dik Tie who is my dear cousin iaitu anak Mak Ngah sebelah my abah. Kita tetap panggil Dik Tie walaupun dia 4 tahun lebih tua sbb ikut pangkat keluarga. Abah anak sulung dlm keluarga, mak Dik Tie adalah anak ke 2.
Berbalik kepada kisah Nina, Nina ialah anak ke 3 dari 4 adik beradik yg semuanya lelaki. Rasanya motto hidup Nina ni ialah "SMILE", sbb default muka dia sentiasa smile jek.


Ini pulak Erin. Anak ke 3 daripada 4 adik beradik my big brother. Budak pandai ni...sekolah pun pandai. Nama penuh dia Nurul Faidza Fadzrina kot. Sori la yer..mak ngah payah la nak ingat spelling nama hangpa.


Nama saya Haikal. Hahh..ini baru betul. Anak bongsu my big brother. Nama penuh Mohd Amirul Haikal. Cita-cita sekarang rasanya nak jadi pakar gasing kot. Boleh panggil dia Mat Gasing la macam ni. Hobi lain ialah melekat dengan Mak Su Fatin-my youngest sister.

Nina lagik..comel kan.

Haikal dan abangnya. Kita panggil abang ngah je. Nama penuh Mohd Amirul Hakim. Org cakap apa dgn dia sume dia sengihnya. Sparring partner Haikal masa main gasing.

Haikal & Nina. Kita suka gosip derang berdua :-)

0 comments: