CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, April 25, 2008

Majlis Persandingan Ema dan Fairuz-12 April 2008


Majlis kenduri sebelah Fairuz selamat berlangsung di Setiu Trengganu pada 12-4-2008. Ahamdulillah semua berjalan dengan lancar...





Monday, April 7, 2008

Majlis Pernikahan Ema dan Fairuz-4 April 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU EMA & FAIRUZ
4 April 2008
Telah selamat berlangsung majlis pernikahan my younger sister Ema dan Fairuz. Lafaz akad nikah berjaya dilakukan sebanyak 1x lafaz (abg din kata mana aci sebab prektis sampai 3x). Abah wakilkan kepada tok imam sebab abah diserang flu. Kalau tak Fairuz sure tak lepas 1 kali lafaz..heh heh heh.
To Fairuz, welcome to our family.



Majlis Persandingan Ema dan Fairuz-5 April 2008

Majlis persandingan pihak perempuan diadakan 1 hari selepas nikah bertemakan warna purple & putih. Perarakan bermula lebih kurang pukul 12.30 thari (panas tak hengat hari tu) diserikan dengan paluan kompang dan bunga manggar yg dibawa oleh anak buah kami iaitu abg ngah dan sepupunya. Pengapit yg ntah apa-apa itu ialah my younger sister juga iaitu Kek La. Kek La hanya menyapu peluh di mukanya sahaja dan tidak kepada muka pengantin. Oleh itu pengantin terpaksa menyapu peluh dimukanya sendiri. Apa-apa pun...memang cantik dan sama padan kedua-dua pengantin ini.

Perarakan pengantin dgn paluan kompang dan bunga manggar

Bersanding atas pelamin

Makan beradab

Potong kek kahwin yg dibawa dari KL

Sunday, April 6, 2008

All about Ema's Wedding

Warna tema pilihan adalah purple & white. Cantikkan pelamin ni.





Ini bilik pengantin. Dah 3 orang guna bilik ni..termasuk le saya :-)

Pintu gerbang


Kek 2 tingkat order from Nina http://zahurinina.fotopages.com



Cupcakes untuk birthday mak dan abah. Kita celebrate sekali dengan anak cucu..tapi sayangnya abah tak tengok pun sbb kedemaman


Nephews and Nieces-Our Sweetie Pies

Nama saya Haikal..ehh silap laa..nama saya Nina. Nama panjang kalau tak silap Zetty Ellina. Mommy Nina ialah Dik Tie who is my dear cousin iaitu anak Mak Ngah sebelah my abah. Kita tetap panggil Dik Tie walaupun dia 4 tahun lebih tua sbb ikut pangkat keluarga. Abah anak sulung dlm keluarga, mak Dik Tie adalah anak ke 2.
Berbalik kepada kisah Nina, Nina ialah anak ke 3 dari 4 adik beradik yg semuanya lelaki. Rasanya motto hidup Nina ni ialah "SMILE", sbb default muka dia sentiasa smile jek.


Ini pulak Erin. Anak ke 3 daripada 4 adik beradik my big brother. Budak pandai ni...sekolah pun pandai. Nama penuh dia Nurul Faidza Fadzrina kot. Sori la yer..mak ngah payah la nak ingat spelling nama hangpa.


Nama saya Haikal. Hahh..ini baru betul. Anak bongsu my big brother. Nama penuh Mohd Amirul Haikal. Cita-cita sekarang rasanya nak jadi pakar gasing kot. Boleh panggil dia Mat Gasing la macam ni. Hobi lain ialah melekat dengan Mak Su Fatin-my youngest sister.

Nina lagik..comel kan.

Haikal dan abangnya. Kita panggil abang ngah je. Nama penuh Mohd Amirul Hakim. Org cakap apa dgn dia sume dia sengihnya. Sparring partner Haikal masa main gasing.

Haikal & Nina. Kita suka gosip derang berdua :-)